Selesai solat Isyak, mak cik sebelah cuit lengan aku
"Dengaq bunyi dak?"
"Dengaq. Bunyi budak-budak mai moreh kot, dok main kat depan".
Jawab aku, menidakkan apa yang mak cik tu pikiaq.
"Bukan kat depan, belakang".
Sambung mak cik tu lagi.
Tiba-tiba, bunyi lagi
Kepangggg... Kepangg... Kepangg..
Sah, bukan bunyi dari depan
Tapi kawasan belakang masjid
Apa ada belakang masjid??
Hanya kubur
Kawasan kubur sangat luas, penghujungnya ada sungai
Aku cuba berfikiran positif
Mungkin ada yang bertukang malam-malam
Tapi hati kecik masih berbisik benda yang bukan-bukan
Tak mengapa
Abaikan
Selesaikan terawih dan witir dulu
Jemaah lelaki sorang pun tak dengar
Hanya jemaah wanita
Tapi tak semua jugak jemaah wanita yang mendengar
Malam tu, tadarus al-quran berakhir cepat sekali
Kata ayah, ada mak cik yang lari berkaki ayam
Kasut tinggal di masjid dulu
ps: malam tu, bunyi sayup-sayup macam orang ketuk papan. bunyi tu datang dari hujung kawasan kubur. memang tak ada rumah di kawasan hujung kubur. aku syak, memang ada orang bertukang malam tu.

0 Responses "MISTERI MALAM JUMAAT"
Post a Comment